hidup aku, kisah aku

Life in Diploma

Diploma in Information Management


hello gais,

harini aku nak share kisah hidup aku dengan kehidupan belajar di UiTM Machang, memandangkan ni kali pertama, sekali kali kali pertamanya aku buat bloggg dan menjadi blogger, nama aku adam and can be call as adey, Aj or whatever asalkan yang elokk sahajeee haha.

ok2, utk permulaan, aku actually x berminat pun sbenarnye nak sambung belajar ni after SPM pada thun 2013. sbb aku ni jenis yang malas nak hadap buku, nak hadap pengiraan dan sbagainya yang memeningkan kepala aku.
 
bermulanya aku berminat nak masuk belajar ni start daripada seseorang yang ambil berat pasal aku, always bila keluar dia bagi kata-kata smangat n sbagainya. agak lama gak aku nk hadam semua bnda yang dia bagitahu kat aku. 

2/3 years later aku start rasa macam bosan, tgk member2 lain smua sambung belajar, nak lepak pun jauh. soooooo, aku membuat keputusan untuk smbung belajar. masa ni aku tgh kerja, dan boss aku pun macam stuju je dgn aku punya decision and dia actually bagi satu peluang kat aku di mana if aku dah ambil diploma and sambung balik kerja dgn dia i'll be promoted. (jadi, pasal kerja aku dah xyah risau sgt :) )

bermulanya pada thun 2016 aku start request untuk masuk ke Pra-diploma, memandangkan result aku bukannya cantik sgt macam bunga yang tgh mekarrrr kan. Pra-Diploma ni actually satu peluang yang bagus ditawarkan di UiTM, sbb dalam Pra-dip ni lah dia nak nilai kita ni dapat teruskan atau tak. Pra-diploma di UiTM ni dia ada dua kos/program iaitu Pra-diploma(perdagangan) dan Pra-Diploma(sains). dua program ni ada kelayakan dan haluannya yang tersendiri, korang boleh google jeee.

ok berbalik pada kisah aku, aku masuk ke aliran Pra-Diploma(Perdangangan), masa ni gak lar (Alief Irfan) pun ada sekali, tapi time tu xder yang kenal dia macam sekarang. cuma ambil masa 6 bulan/1sem je before boleh sambung ke diploma secara rasmi. bulan terakhir dalam Pra-Dip ni dia kena isi borang penerapan ke (Diploma). pening gak lar wooii sbb aku x pernah target pun nak masuk diploma apa HAHAHA. tgh2 nak isi tu kebetulan dalam bilik aku ada sorang student diploma, Diploma in Information Management sem 1 (sekarang dah Degree sem 4/5 x silap aku) nama yang diberi Adib. aku cuba tanye dia ttg kos yang dia ambil sbb aku dgr Information Management ni macam menarik je kan. One thing for sure, dalam IM (Information Management) ni, korang takde matematik pun. then, aku macam "Really??" sbb kos ni dah menarik minat aku dgn ketiadaan subjek yang tak aku minat. (actually dia ada mengira, tapi tu pun masa hujung sem (sem 5), alah sikit je) 

apa yang aku buat? aku terus je daftar borang penerapan untuk masuk ke Diploma In Information Management. habis je Pra-Dip (Alhamudulillah lulus), aku dapat surat tawaran ke Diploma in Information Management. dapat je surat tawaran tu aku pening tak tahu nak buat apa, yelar, sbb Pra dip dulu lain sikit. 

bila korang dah terima surat tawaran online tu, terus accept (kalau nak lah, xnak takpe), dah accept, first thing yang korang perlu buat, baca dokumen yang dia suruh sediakan. nnti korang kena minta COP dari Ketua kampung atau yang setaraf dgnnye bagi mengesahkan korang punya salinan dokumen tu. dah baca faham semua, masanya untuk korang cari segala jenis yayasan, pinjaman, zakat (yang kaya boleh skip ye, hehe). aku ni penduduk kelantan kalau ikutkan IC aku, haha. jadi, apa yang aku buat, aku cuba apply MAIK(Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan), Wang Ehsan Dari Jabatan Perdana Menteri(Tak Pasti kalau sekarang ada lagi), PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

Sem 1, mmg korang kaya ah dgn apa yang korang dapat tu, kalau fikir jangka masa pendek mmg terus habis 1 sem tu woo. tp, kena ingat. korang duk situ 5 sem (almost 3year secara kasarnya) jadi pandai-pandailah nak berjimat tu, jangan jadi macam aku yang pro dalam memboros haha. bila dah masuk belajar ni, bnda yang harus ada mestilah laptop, Pendrive, nota. Belajar dalam Diploma ni x sama dgn kau belajar kat sekolah, korang kena rajin2 jumpa lecturer tau sbb markah mmg fully ada kat lecturer.

SEM 1
masa sem 1 ni kebanyakan masanya student masih dalam keadaan terpinga-pinga sbb menghadap sesuatu yang baru. tapi, kalau korang rajin menelaah, rajin ke kelas, rajin tanya senior. mudah je korang nk skor satu-satu subjek yang korang ambil tu. markah yang perlu korang target kalau boleh full atau paling tidak 90% adalah pada assignment dan test sbb markah2 ni lah yang akan jadi carrymark korang yang boleh lead kepada success. dalam kos/program IM ni, korang kena bnyak menghafal dan paham je, x perlu kira formula ke apa.

kolej kediaman pula disediakan masa sem 1 ni, time aku tu free je. kebetulan habis je aku belajar ada yang kata kolej sekarang dah kena bayar. kolej kalau kat UiTM Machang ni sem2- sem5 korang kena buat bnyak aktiviti-aktiviti sbb korang kena kumpul kupon, kalau korang join kelab mmg bertuah sbb stiap program korang, kupon dan cop semestinya korang akan dapat. bnda2 yang macam ni lah, yang akan bagi peluang pada korang untuk menduduki kolej. tapi, sometime ada je yang kupon berpuluh tak dapat, nasib baik aku smpai sem 5 dapat.

alhamdullillah sem 1 aku berjalan dgn lancar, satu kelas aku ni agak bonding jugak lar walaupun ada few person yang menjarakkan diri, mungkin tak biasa lagi dgn org2 baru. kami satu kelas bercadang buat family day

(ni antara classmate aku)

tujuan dia saje je nak have fun together, kenal2 antara satu sama lain. seriosly aku boleh kata kawan dkat U ni lain dari kawan kat skolah. mostly ada yang dari luar negeri dtg blajar sini. 

(Otw nak mendaki)

Kitorang buat family day ni di Bukit Kluang, best jugak sbb kami buat family day ni ala2 macam tgh program dgn club haha, jadi smua bnda dah disusun atur. 

(letih ke excited bang? haha)

(Freestyle!!)

Actually aku masa ni bawak Nikon dgn berlensakan 70-300mm, bayangkanlah sejauh mana aku duduk ni nak ambil gambar diorang atas bukit. haha

(Idola gadis2)


ok, dah stop campak gambar sem 1, kan x psal diorang ni cari aku balik smata-mata nak menentang blog aku ni. HAHA.

SEM 2

Bersambung........

Comments

  1. tak shabar nk tgk apa jadi, pleaseeee cepat adeyyy. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment